“When you double park, you cause traffic. When you cause traffic, you take away somebody’s time.
God has said in the Quran, there’s a verse called time. ‘By the token of time, men is at loss.’ This means, in Islam, time is everything. If you steal my time, 5 minutes or 10 minutes, I can’t buy back that time anymore. I lose minutes of my life and that is all the time God gave me.
If you want a preferred parking, go to the masjid early. Itsjust like you want to watch your favourite football match at the stadium, you know there’s gonna be a big crowd, you know you have to get there early so that you’ll get a good parking space.
Now if you care about football, you should also care about getting parking when you want to pray.
Most Malaysians profess a religious belief so I’m saying this (double parking) is across the board. I see it everywhere, be it buying a cigarrette, going to the bank or picking up kids from the school.
It seems as if we talk a lot about religion, where is religion in our daily life?” – Syed Mahdar Tahir
—————————————————————
“Jumaah adalah hari yang penting. Kini aku tak lagi mendengar khatib berbicara tentang ‘parking’ dalam khutbah. Dan aku rasakan sangat perlu untuk menjadikan isu ‘double park’ sebagai salah satu adab Solat Jumaah.
Sebab, bila kau ‘double parking’, kau akan kacau trafik. Bila kau kacau trafik, kau akan curi masa orang lain!
Dalam Quran, Allah bersumpah dengan satu surah berkenaan masa. ‘Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian!’ Maksudnya, Islam mengajar kita bahawa masa adalah sangat berharga.
Kalau kau curi masa aku, 5 – 10 minit, aku akan kehilangan beberapa minit itu dalam hidup aku yang Allah hanya berikan pada ketika itu.
Jadi, kalau kau nak ruang untuk ‘parking’, datanglah awal ke masjid. Macam kau dengan perlawanan bola sepak kegemaran kau di stadium. Kau tahu tempat itu akan sesak dengan orang ramai, dan kau akan ke stadium lebih awal untuk pastikan kau dapat ruang ‘parking’ yang terbaik.
Nah! Jika kau sangat pedulikan bola sepak, kau juga perlu peduli untuk dapatkan ruang ‘parking’ bila kau ke masjid untuk solat.
Rata-rata orang Malaysia mengaku mereka adalah orang yang beragama, jadi aku boleh katakan hal ini (‘double parking’) adalah isu semasa buat semua.
Aku ada juga lihat orang ‘double parking’ di merata tempat, masa nak beli rokok, masa nak singgah bank dan ada juga masa nak ambil anak balik sekolah.
Hari ini kita banyak bercakap hal agama, tapi dimanakah agama kita letakkan dalam kehidupan seharian?”
The above interview was conducted in English
Story by Christine C
Photo by Faizal Hussin
Translation by Khairul Ridhwan
Do you have a story? Let us know here: https://forms.gle/ht4HsvbxgSgcKS5h8
(This post was first published on April 14th 2018)