“Saya sebut ‘Ri-Ri-Ri’ bila saya nak angin bertiup dan ‘Kubuk-kubuk’ untuk memanggil hujan. Ini mengingatkan saya pada asal usul saya sebagai suku kaum Orang Asli Temuan. Pertama kali saya datang ke bandar untuk bekerja di Wetlands Arboretum Centre, saya rasa gementar dan tak yakin sama ada saya boleh bertahan. Tapi tak lama, saya sedar bahawa ada sesuatu yang unik yang boleh saya berikan iaitu dengan menjadi wakil suara buat etnik kaum serta budaya saya. Sekarang, saya gembira menghabiskan hari-hari saya dengan berkongsi sejarah dan tradisi suku kaum Orang Asli Temuan dengan pengunjung yang datang. Saya jelaskan pada mereka supaya tiada salah faham.
Kami tidak terjejas dengan kemodenan dan adat kami bukan tahyul serta kami tidak tinggal di pokok. Saya gembira dapat bantu mereka memahami tentang gabungan yang menarik di antara tradisi dan realiti hari ini. Bila tiba sambutan Hari Malaysia ramai yang tertanya, bagaimana kami menyambutnya?! Seperti rakyat Malaysia yang lain, kami juga turut menaikkan bendera, menghias rumah, dan menyambutnya dengan rasa perpaduan yang sangat istimewa.
Ini merupakan sebuah perayaan yang meriah di kampung kami, dan saya berharap suatu hari nanti, orang bandar akan datang dan lihat untuk lebih memahami cara kami merayakan Hari Malaysia..Saya rasa amat beruntung kerana menjadi perantara dua dunia ini dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia.”
(English) “I say ‘Ri-Ri-Ri’ when I want the wind to blow and ‘Kubuk-kubuk’ to summon the rain. It’s a reminder of my roots in the Orang Asli Temuan tribe. When I first came to the city to work at the Wetlands Arboretum Centre, I was nervous and uncertain about fitting in. But it didn’t take long to realise that I had a unique opportunity: to be the voice of my culture, my people.
I now spend my days joyfully sharing the rich history and traditions of my tribe with visitors. I help them see beyond the misconceptions, such as the belief that we’re untouched by modernity, or that our customs are mere superstitions, or that we still live in trees. By doing so, I’m helping them understand our life as a vibrant blend of tradition and present-day reality.
And when it comes to celebrating Malaysia Day, oh, how we celebrate! With flags raised, homes decorated, and a sense of unity that feels particularly special. It’s a grand occasion in our village, and I wish that one day, city folks would come to see how we do it, to understand our side of the tradition in celebrating Malaysia Day. It’s an honor to be this bridge between two worlds, and it fills me with pride to be Malaysian.”
Humans of Kuala Lumpur wishes Selamat Hari Malaysia to all Malaysians!
___________________________________________________
Iffa, a passionate lover of nature and adventures, and aims to inspire her fellow community members and extend the richness of the Temuan Tribe’s culture to visitors from across the world. Head over to Gamuda Land‘s page for more heartwarming human stories from 31 Aug until 16 September!